cerai

Seorang ibu muda sedang mengadu pada temannya,

“Aku terpaksa minta cerai dari suamiku.”

“Kenapa..?” tanya temannya kehairanan.

“Habis, hampir setiap malam kerjanya keluar masuk disko,” jawab si ibu muda.

“OOOOhh, jadi suamimu itu kaki disko lah yer.. ?” tanya temannya lagi.

“Bukan begitu..,sebenarnya dia ke sana mencari aku !” jawab si ibu muda.

sembang 3 budak

“Di padang sebuah sekolah, nun jauh disudut kanan, ternampaklah tiga budak sedang bersembang. Mari kita amati dan teliti apa yang mereka sembangkan…

Budak A ” Bapak aku jadi ahli sukan, bapak hangpa kerja apa ”
Budak B dan Budak C menjawab ” Bapak kami pun ahli sukan jugak”.

Maka semua bapak mereka adalah ahli sukan….

Budak A meneruskan cerita..” Bapak aku jadi perejam lembing, punyalah cepat dia berlari sehinggakan setelah lembing direjam, bapak aku berlari dan menangkap lembing tersebut sebelum lembing itu jatuh ketanah ”

” Itu tak heran ” kata Budak B ” Bapak aku lagi tangkas, bapak aku masuk sukan menembak. Punyalah cepat dia berlari sehinggakan selepas peluru keluar daripada pistol, bapak aku sempat berlari dan menangkap peluru tersebut”

“Mari kita dengar cerita bapak aku pulak, aku rasa bapak aku yang paling cepat dalam bab lari ini” kata Budak C. ” Bapak aku kerja di Alor Setar tapi tinggal di Sungai Petani. Bila pejabat tutup pukul 4.15 petang, pukul 3.50 petang bapak aku dah ada di rumah. Bayangkan betapa cepatnya pak aku berlari. ”

Moralnya… bapak macam ni banyak. pejabat belum tutup dia dah ada kat rumah.

Janganlah kita jadi bapak macam ni…. insaf..insaf

siapa lebih Berani

SAM: Semalam aku nampak hantu!
DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah…. hantu tu yang terkejut tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer….

——————————————————

Doa Seekor Binatang

Seorang pemburu bertembung dengan seekor singa. Terrperanjat, dia
tak sempat mengangkat senapangnya. Tiada pilihan, pemburu itu
bertadah tangan dan berdoa.Ketika pemburu itu menjeling ke arah
singa, dia ternampak bahawa singa itu juga sedang berdoa.
Pemburu: "Ah leganya..... ...singa baik rupanya. Selamatlah aku."
Singa: "Ya.......singa yang baik selalu baca doa sebelum makan."

Rumah Yang Dipersalahkan



Suami isteri bertengkar. Tiba-tiba isteri terus kemas beg.
Suami: "Kenapa?"
Isteri: "Dah kahwin 10 tahun, rumah ni tak pernah aman. Saya dah tak
tahan.
Saya nak tinggalkan rumah ni!"
Suami kemudian masuk bilik dan keluarkan satu lagi beg.
Suami: "Betul jugak cakap awak. Saya pun fed-up dengan rumah ini.
Saya ikut
sama, boleh?!"

Hebatnya Penadol

Bidin melihat rakannya, Wafdi.. sedang membuat kopi...kemudian
memasukkan sebutir ubat panadol ke dalamnya. Dengan kehairanan Bidin
bertanya kepada Wafdi...
Bidin: "Kenapa kau masukkan panadol dalam kopi tu?"
Wafdi: "Kopi ni panas.. bagi panadol.. kurang sikit panas dia.."

Kisah Makcik Tua

Satu pagi di stesen keretapi, ada satu makcik tu dia tanya petugas
kaunter...
Makcik: "Anak, keretapi sampai jam berapa??"
Petugas kaunter: "Jam 2 Kedah, jam 5 Kelantan, jam 1 Penang, jam 7
Gemas.
Makcik nak pergi mana?.."
Makcik: "Makcik nak melintas aja."